Benda ni memang Ohmedia dah dapat jangkakan dan rasanya ramai lagi peminat motosikal, terutamanya bagi mereka memiliki Yamaha Y15ZR atau Ysuku telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Lagi-lagi bila semakin ramai artis popular telah menjadikan aktiviti ini sebagai satu kebiasaan dan bukan lagi satu kesalahan.
Jika korang perasan, minggu ini kecoh di media sosial berkenaan operasi yang dilakukan pihak berkuasa bagi memantau pengubahsuaian motosikal ini. Ohmedia tertarik dengan satu statement dari pelawak, Achey Bocey.
Jika mahu menyaman pemilik motosikal, saman juga penjual aksesori. Sama seperti kes dadah, tindakan bukan saja pada penagih tetapi pengedar. Ubahsuai ini, jika pembawakan positif maka positif lah jadinya. Bagi saya, pengubahsuaian lebih terarah keselamatan kerana motosikal berkelajuan lebih 120 kilometer/sejam, jika diubahsuai lebih stabil berbanding dikeluarkan daripada kilang. katanya.
Namun, Achey terpaksa akur dengan tindakan yang suka mengubahsuai motosikal dan berkongsi di laman sosial. Tetapi tetap tidak setuju jika motosikalnya disita.
Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori. Kita kena adil, jika nak saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah, katanya lagi.
Jadi apa pula pandangan korang selepas pemerhatian ini diambil oleh pihak berkuasa? Mungkin boleh ubah suai, tapi hanya untuk perhiasa di rumah.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Makan
Sumber: Oh! Media