Korang ingat lagi tak time Neelofa baru balik menunaikan ibadah haji, dia kena tahan dan dikuarantin selama seminggu disebabkan Influenza A sampai dia terpaksa membatalkan meeting bersama client dan lain-lain? Alhamdulillah sekarang dia dah beransur pulih.
Tiba sahaja di lapangan terbang, nafas seperti terasa panas dan waktu itu kami terpaksa hadapi transit yang agak lama iaitu sekitar lapan jam. Kemudian ke hospital dan mahukan suntikan. Doktor ketika itu ada mengambil suhu dan katanya suhu badan saya mencecah sehingga 41 darjah celcius dan mampu merosakkan sistem organ dalaman serta perlu mengambil ujian darah. Bila dah tahu keputusan, saya disahkan menghidap Influenza A dan terus ditahan. Sejujurnya saya tidak pernah berdepan dengan pengalaman apabila serangan itu berada dalam sistem tubuh saya, meski ia suhu kian rendah tapi ia begitu menyakitkan. Misalnya kepala dan biji mata rasa sakit dan ia mengambil masa kira-kira seminggu untuk pulih. Kata doktor apabila kira diserang virus ia satu hal yang biasa meski suhu badan kembali normal.
Sumber: Media Hiburan
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Wayang
Sumber: Oh! Media