SOALAN:
Orang yang memakai pakaian mahal-mahal atau cantik kerana bermegah-megah hukumnya haram dan berdosa. Soalan saya, kalau sombong dengan pakaian Islam seperti jubah atau serban adakah sama juga hukumnya?
JAWAPAN:
Tidak kira sama ada pakaian sunnah atau bukan hukumnya adalah dilarang kita menyombongkan diri atau kerana mencari kemahsyuran. Sesungguhnya sombong itu sangat dibenci oleh Allah sekalipun sombong dengan perkara yang berkait dengan akhirat atau agama sekalipun dia seorang Raja atau pemimpin yang besar.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a Rasulullah saw bersabda:
مَنْ لَبِسَ ثَوبَ شُهْرَةٍ في الدنيا ألْبَسَهُ اللهُ ثوبَ مَذَلَّةٍ يومَ القيامة
“Barangsiapa memakai pakaian syuhrah (yakni pakaian kerana menuntut kemahsyuran dan kesombongan) di dalam dunia maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat.” (Hadith hasan riwayat Ahmad dan Abu Daud dan Ibnu Majah)
Dan diriwayatkan dari Abu Zarr r.a daripada Nabi saw baginda bersabda:
مَن لَبِسَ ثَوبَ شُهْرَةٍ أعرضَ اللهُ عنه حتى يَضَعَه مَتى وَضَعَه
“Barangsiapa memakai pakaian syuhrah nescaya Allah akan berpaling darinya dan akan menghinanya dengan bila sahaja Allah kehendaki.” (Hadith hasan riwayat Ibnu Majah)
Wallahua’lam.
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media