Hukum Meninggikan Suara Ketika Mengusung Jenazah


SOALAN:
Ketika membawa jenazah dari rumahnya ke tanah perkuburan adakah boleh berbual atau meninggikan suara atau hingar bingar?

JAWAPAN:
Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

وَيُكْرَهُ اللَّغطُ) -بِفَتْحِ الْغَيْنِ وَسُكُونِهَا-، وَهُوَ ارْتِفَاعُ الْأَصْوَاتِ (فِي) السَّيْرِ مَعَ (الْجِنَازَةِ)؛ لِمَا رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ مِنْ أَنَّ الصَّحَابَةَ كَرِهُوا رَفْعَ الصَّوْتِ عِنْدَ الْجَنَائِزِ وَعِنْدَ الْقِتَالِ وَعِنْدَ الذِّكْرِ.
“Dimakruhkan meninggikan suara pada masa membawa jenazah kerana hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi sesungguhnya para sahabat benci mereka mengangkat suara ketika bersama jenazah dan ketika peperangan dan ketika berzikir.” (Kitab Mughni Muhtaj)

Berkata Imam Nawawi:

وَالْمُخْتَارُ بَلْ الصَّوَابُ مَا كَانَ عَلَيْهِ السَّلَفُ مِنْ السُّكُوتِ فِي حَالِ السَّيْرِ مَعَ الْجِنَازَةِ، وَلَا يَرْفَعُ صَوْتَهُ بِقِرَاءَةٍ وَلَا ذِكْرٍ وَلَا غَيْرِهِمَا، بَلْ يَشْتَغِلُ بِالتَّفَكُّرِ فِي الْمَوْتِ وَمَا يَتَعَلَّقُ بِهِ وَمَا يَفْعَلُهُ جَهَلَةُ الْقُرَّاءِ بِالتَّمْطِيطِ وَإِخْرَاجِ الْكَلَامِ عَنْ مَوْضُوعِهِ فَحَرَامٌ يَجِبُ إنْكَارُهُ
“Pendapat yang dipilih bahkan yang benar yang diamalkan oleh orang terdahulu ialah diam ketika berjalan membawa jenazah. Tidak diangkat akan suara dengan membaca atau berzikir dan lain dari keduanya. Bahkan hendaklah membanyakkan tafakkur tentang kematian dan perkara yang bersangkut dengannya. Apa yang dikerjakan oleh qari yang jahil dengan melantunkan suara dan meninggikan suara maka iaitu haram yang mesti diingkari.” (Majmu’ Syarah Muhazzab)

Oleh itu sayugia tidak berbual atau membuat bising ketika bersama jenazah dan ketika membawanya ke tanah perkuburan.

Jika hendak berzikir atau membaca ayat-ayat al-Quran maka hendaklah dengan suara yang perlahan.

Tersebut pada Perhimpunan Fatwa Mufti Mesir:

ينبغي لمن تبع الجنازة أن يطيل السكوت ويلتزم الصمت، ويكره رفع الصوت بالذكر وقراءة القرآن ونحوهما مما فيه إخلال بآداب الجنائز والخروج عن هدي سيدنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم والصحابة من بعده رضوان الله عليهم أجمعين
“Sayugia bagi mereka yang mengikut akan jenazah bahawa mendiamkan diri dan dimakruhkan mengangkat akan suara dengan zikir dan membaca al-Quran atau selain keduanya dari perkara yang menyalahai adab jenazah dan keluar dari pertunjuk Rasulullah saw dan para sahabat r.a.” (ر فع الصوت أثناء الجنازة الرقم المسلسل : 2938 التاريخ : 18/01/2015 دار الإفتاء المصرية)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media