Fadhilat Solat Sunat Isyraq


SOALAN:
Apakah kelebihan solat sunat isyrak?

JAWAPAN:
Pahala mengerjakan solat sunat isyrak adalah seperti pahala mengerjakan haji dan umrah.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan dengan katanya: Telah bersabda oleh Rasulullah saw:

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Barangsiapa mengerjakan solat subuh berjemaah kemudian duduk dia berzikir kepada Allah sehingga matahari telah terbit kemudian dia kerjakan pula solat sunat sebanyak dua rakaat nescaya adalah baginya seperti pahala mengerjakan haji dan umrah dengan sempurna. Dengan sempurna.” (Hadith hasan riwayat Imam Tirmidzi)

Berkata At-Thiibi:

ثم صلى بعد أن ترتفع الشمس قدر رمح حتى يخرج وقت الكراهة، وهذه الصلاة تسمى صلاة الإشراق، وهي أول الضحى
“Kemudian dia mengerjakan solat selepas naik matahari kadar segalah sehingga keluar waktu makruh. Solat ini dinamakan solat isyrak dan ialah awal bagi Dhuha.” (Kitab Mir’atul Mafatih)

Menurut sebahagian ulama’ solat isyrak ini ialah juga dinamakan solat Dhuha. Maka atas ini sama ada namanya solat isyrak atau dhuha maka fadhilat dan pahalanya ialah sebagaimana telah tersebut pada hadith Anas r.a di atas.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Sumber: Oh! Media