Tak lama lagi Elly Mazlein nak jadi seorang isteri dah gais! Akhirnya, jumpa juga jodoh dia. Agak-agak siapa lah lelaki bertuah tu kan? Walaupun Elly dan bakal suami beza umur 10 tahun, mungkin bakal suaminya dapat menarik perhatian Elly sebab bersikap matang. Betul tak? Sis rasa bukan Elly je suka lelaki yang matang tetapi korang pun suka kan?
Lelaki matang ni biasanya fikir tentang masa depan dan dia bijak menghadapi situasi. Ekonomi pun stabil. Cuba kalau korang dapat lelaki yang tak matang ni, agak-agak korang lama tak sebelum korang kahwin? Okay back to the topic!
Yang bestnya, Elly dan bakal suaminya akan mengadakan 5 majlis tak lama lagi dimulai dengan merisik, majlis bertunang, majlis berinai, majlis nikah sanding dan majlis menyambut tetamu di Kelantan. Apapun, sis doakan Elly dan bakal suaminya berkekalan hingga ke Jannah. Amin. Tak sabar nak tengok Elly kahwin! Hehehe
Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara salah satu penguat cinta saya pada kekasih hati. Dia juga sangat rapat dengan ayah saya. Dialah yang menjaga ayah saya sekarang dan ayah saya pun sayang sangat dengan dia. Ciri-ciri inilah penyebab kenapa saya pilih dia. Saya nak berterima kasih pada bakal suami kerana akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia kami nanti. Ia akan dimulai dengan upacara merisik dalam masa terdekat, ia diikuti dengan majlis bertunang, majlis berinai, majlis nikah sanding serta majlis menyambut menantu di Kelantan kelak.
Sumber: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Wayang
Sumber: Oh! Media