BMF: 'Bahana berperang tanpa senjata yang cukup, golongan B40 merana' - Miqdad


Penafian: Artikel yang disiarkan di bawah adalah pandangan penulis semata-mata. Ia tidak mewakili The Reporter.

BMF: Jerung berdansa, bilis sengsara

Baru sahaja Buy Muslim-made First (BMF) dilancarkan, sudah banyak keluhan dari bangsaku Melayu. Ada pemandu lori di Johor dibuang kerja dan mengeluh meminta kerja dari bangsaku yang otak kematu. 

Ada petani di Perak mengeluh, cabai tak laku. Pasar borong pagi ini aku lihat gerai Melayu sangat kurang ikan. Mungkin ikan tak dibekalkan sebab pemborong ikan adalah keturunan Cina. Inilah bahananya berperang tanpa senjata yang cukup. 

BMF sebenarnya adalah perang dengan pembekal yang ramainya Cina. Nak berkempen, sediakan dulu rancangan yang rapi. Berapa banyak pembekal Melayu yang sanggup membeli jika Cina boikot barangan Melayu perlu diambil kira. 

Berapa ramai pula tokey-tokey Melayu yang sanggup menyerah entah berapa ribu pekerja yang akan dibuang kerja kerana tindakbalas senyap mereka. 

Kalau setakat hanya ada kuasa membeli tetapi tidak ada kuasa menjual, jadilah seperti zaman Jepun. Duit banyak tetapi nak beli barang, tak ada. Tak apalah, waktu itu boleh makan ubi kayu tapi sekarang ubi kayu pun dah RM4.00 sekilogram.

BMF ini adalah mainan tokoh-tokoh parti pembangkang yang kecewa kerana kecundang. Mereka memainkan sentimen perkauman yang lain dah tak laku. Maka mereka mencuba sentimen perkauman dari segi ekonomi. 

Mereka kata BMF, tetapi sebenarnya Buy Malay First yang sama dengan Buy Chinese Last sebab itulah serangan utama mereka iaitu Cina DAP. 

Mereka yang berkempun pun dah ada pendapatan tetap yang banyak. Ada yang terima pencen wakil rakyat dan ada yang mempunyai wang simpanan berjuta-juta. 

Cina boikot lagi sepuluh tahun mereka tak kisah sebab mereka dah kaya raya. Mereka ini amat suka kalau Malaysia huru-hara sebab mereka boleh dapat balik kuasa (ekonomi). Bila sudah ada kuasa, mereka boleh tambah harta dan yang sedang didakwa ada peluang terlepas begitu sahaja. 

Tetapi rakyat bawahan (B40) yang miskin dan daif ini pula merana. Kalau mereka dibuang kerja, adakah majikan-majikan Melayu mampu menyerap mereka semua? 

Ambil contoh Speed99 sahaja ada 4,000 lebih pekerja Melayu. Melayu mana nak ambil mereka ini bekerja dengan gaji minima RM1,200 sebulan? Itu belum kira lagi segala jenis perniagaan lain. 

Oleh itu kepada Melayu yang ramainya B40, eloklah parti yang menimbulkan huru hara ini kita lenyapkan terus dari muka bumi Malaysia. Kalau setakat ada seorang dua Cina yang menghina Melayu dan Islam itu tidak melambangkan keseluruhan pandangan masyarakat Cina. 

Cina pun seperti kita juga, mereka suka keadaan aman untuk mereka berniaga tanpa gangguan. Yang ambil Melayu bekerja kebanyakannya tokey-tokey Cina sebab mamak nasi kandaq banyak ambil pekerja Indonesia dan Bangladesh. Malah Mydin sendiri pun aku tengok banyak Bangladesh. Jadi apa rasionalnya kita marahkan Cina? 


Sumber: Miqdad Zakaria

Penafian: Artikel yang disiarkan di bawah adalah pandangan penulis semata-mata. Ia tidak mewakili The Reporter.


Sumber : thereporter.my