"Biar Semua Orang Tahu Siapa Yang Memulakannya" - Sharnaaz Ahmad


Korang nak tahu tak Sharnaaz Ahmad taknak isterinya, Noor Nabila memberi sebarang kenyataan pasal proses penceraian diorang dan dia nak Nabila menjadi lebih matang sebab dia takut masalah tu akan mengeruhkan lagi keadaan. Bukan itu sahaja, mungkin dia buat macam tu sebab dia taknak nanti bila anak dia dah besar, Jebat Jayden tengok balik apa yang berlaku antara ibu dan ayahnya.

Saya tidak mahu isu ini berpanjangan dan biarlah mahkamah menentukan. Apabila kes dibawa di mahkamah, biar semua orang tahu siapa yang memulakannya. Demi anak, tolong hentikan semua ini. Sejak awal saya beritahu jangan jadikan kes ini kecoh. Hari ini, mungkin Jebat tidak tahu membaca, selepas lima atau enam tahun dia akan tahu dan bertanya di mana ibu dan bapanya.

Ya tak ya juga. Sis kesian dekat Jebat Jayden yang baru je berusia setahun sebab mak ayahnya dah nak berpisah. Haih. Tak apalah gais, mungkin diorang tak ada jodoh kan? Nak buat macam mana? Apapun kita doa jelah yang baik-baik dan mungkin ini jalan yang lebih baik untuk diorang kan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Wayang








Sumber: Oh! Media