Tak puas hati dituduh Indonesia jadi punca jerebu di negara jiran, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya akan menghantar surat protes kepada Kerajaan Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa, kebakaran hutan di negara itu bukanlah punca utama masalah jerebu di Malaysia dan Singapura.
"Saya akan menulis surat kepada duta Malaysia di Jakarta untuk dipanjangkan kepada menterinya. Saya mahu data itu dibetulkan," katanya.
Terdahulu, Siti Nurbaya menjelaskan Kerajaan Indoensia akan terus memantau pergerakan asap daripada kebakaran hutan dan belukar di negaranya.
Berdasarkan pemantauna Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, asap dari kebakaran itu hanya melintasi sempadan negara selama satu jam pada Ahad lalu.
"Asap yang masuk ke Malaysia ke Kuala Lumpur itu dari Sarawak dan kemudian dari Semenanjung Malaysia dan mungkin sebahagian dari Kalimantan Barat," katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber : thereporter.my