Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Kini Bergelar Sebagai Jutawan


Tahniah sis ucapkan kepada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sebab dah tiga tahun diorang berusaha untuk menaikkan bisnes kosmetik dan akhirnya tercapai juga matlamat menjadi jutawan kosmetik. Sis suka tengok diorang sebab bila dah berjaya, diorang kongsi rezeki tu dengan orang lain juga.

Sudah tentu saya rasa bersyukur, tak dinafikan memang kami sudah berjaya mencapai beberapa juta. Kami dah rasa, sudah dapat dan mampu capai apa sahaja yang kami nak selama ini. Tiba masanya untuk kongsi rezeki dengan orang lain pula. Perasaan puas bila kami berjaya lahirkan dua orang jutawan kosmetik dan empat orang lagi akan menyusul jadi jutawan dalam tahun ini.

Alhamdulillah, orang macam ni lah kita nak. Nak naikkan bisnes ni bukan mudah tau sebab dulu Aeril dan Wawa pun pernah ditipu dengan seorang 'Datuk' sebanyak RM100,000. Banyak tu! Jahat betul Datuk tu tetapi dalam masa 3 tahun Allah memberi ganjaran yang sangat besar kepada pasangan ni. Apapun, tahniah sekali lagi sis ucapkan kepada Aeril dan Wawa. Semoga terus sukses dalam bidang perniagaan. Amin!

Masa mula-mula memang susah, lebih-lebih lagi kami tiada ilmu perniagaan. Latar belakang keluarga juga bukan orang bisnes. Saya ambil masa tiga tahun untuk establish. Ia jangka masa panjang bagi saya. Saya juga pernah ditipu RM100,000 lesap sebab itu saya kurang percaya dengan individu berpangkat ni.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan



Sumber: Oh! Media