Adab dan Budaya Masyarakat Sudah Hilang, Kata Rais Yatim

Gamabr sumber dari Malay Mail
Berkenaan isu seorang pengguna Twitter yang bertindak menghina Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tan Sri Rais Yatim bertindak mengeluarkan pendapat bahawa masyarakat negara kita sudah hilang adab dan budaya.

Beliau berkata, media sosial telah mengubah rakyat Malaysia khususnya identiti anak muda. Tambahnya, perubahan ini membahayakan identiti budaya, bangsa dan agama. Sehinggakan Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri pun sampai kena tohmah dan sebagainya.

Oleh itu beliau berkata, Kementerian Pendidikan perlu kaji dan ubah silibus sedia ada dengan menerapkan asuhan budi dan elemen kenegaraan bagi mengatasi masalah tersebut. Beliau turut tekankan bahawa, perkara ini memerlukan penglibatan semua pihak.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem


Sumber: Oh! Media