SOALAN :
Saya pernah mendengar suatu ketika dahulu kisah orang Yahudi dengkikan umat Islam pada 3 benda tetapi saya telah lupa kerana sudah lama. Bolehkah ustaz sebut tiga benda itu? Adakah kisah ini sahih?
JAWAPAN :
Bangsa Yahudi sangat hasad dengki kepada Nabi saw dan agama Islam. Antara yang dihasad olih bangsa yahudi itu ialah tiga perkara yang disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan dari Ummul Mukminin Aisyah r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
إنَّهم لا يَحسُدونا على شيءٍ كما يَحسُدونا على يومِ الجمُعةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى القِبلةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى قولِنا خلفَ الإمامِ: آمينَ.
“Sesungguhnya kaum Yahudi itu tidak hasad kepada kita atas suatu yang lebih mereka hasad yakni:
- Hasad mereka akan hari Jumaat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah mengkufuri pemberian Allah.
- Hasad mereka akan kiblat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah sesat padanya.
- Hasad pada ucapan amin kita ketika solat dibelakang imam.”
Hadith ini telah diriwayatkan oleh:
1. Imam Bukhari (6395)
2. Imam Muslim (2165)
3. Imam Tirmizi (2701)
4. Imam Nasaie (10213)
5. Imam Ibnu Majah (856)
6. Imam Ahmad (25029)
Wallahua’lam.
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media