(Video) 'Hello guys, ada orang mabuk guys! Jangan lupa like and retweet guys'


"Hello guys, ada orang mabuk guys! Jangan lupa like and retweet guys. Like and retweet itu percuma guys!! Hahaha!" demikian tweet Madhan Rahman yang pada waktu ini viral di Twitter. 

Berdasarkan video berdurasi 22 saat itu, Madhan dan dua rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah. Namun laluan mereka terhalang kerana ada sebuah kereta yang berhenti di tengah jalan.

"Oi mabuk eh? Oi mabuk eh?"

"Ini orang menyusahkan orang. Dah mabuk, tidur tepi jalan."

"Dia tutup jalan aku wei, aku nak balik oi."

"Ini lanj*ao punya orang tau. Satu way saja, c*bai."


Walau bagaimanapun, ada netizen yang tidak senang dengan tindakan mereka merakam dan menyebarkan video tersebut. 

"Siapa yang mabuk sebenarnya ni? Why don't you just knock the door and check on him or call the police instead of record it?" soal netizen. 





Namun, Madhan menjelaskan mereka telah menghubungi polis untuk datang ke tempat kejadian itu. 


"Maaf guys kalau ada salah silap. Maaf dengan caption saya. Saya tiru dakdak streamer PUBG punya ayat. Tak tahu pula ayat itu jadi sambutan dengan video-video itu sekali. 

"So uncle itu kira bertuah jumpa kami. Kalau jumpa orang lain? Mungkin lain pula jadi kan? Yang perempuan jangan over sangat please.

"Kalau perempuan kat situasi itu mungkin blah kot and tak call polis sebab takut kena samun pagi-pagi kan. 

"So perempuan mulut jangan sampah sangat. Kalau korang kat situ mungkin kereta lain dah sodok dia dari belakang. Maaf kalau ada salah silap," 


Meskipun begitu, ada yang berpendapat bahawa adalah terlalu awal untuk menuduh pemandu itu berada di bawah pengaruh alkohol, kerana mungkin dia mempunyai masalah kesihatan. 


Sumber: Madhan Rahman


Sumber : thereporter.my