(Video) Gadis cosplay menangis dikerumuni jurugambar yang cuba mengambil gambar dada & bawah skirtnya


Penganjuran Comiket 96 (cosplay), acara 'cosplay' yang paling menonjol di Jepun berjaya menarik 730,000 peserta. Jadi, tidak menghairankan apabila ramai peminat animasi mengayakan pakaian watak animasi kegemaran mereka. 

Namun, acara yang sepatutnya menyeronokkan itu dicemari dengan insiden yang tidak sepatutnya apabila seorang gadis Cina dikerumuni ramai jurugambar di mana kamera mereka banyak tertumpu pada skirt pendeknya itu. 

Gadis yang memakai pakaian cheongsam mini itu sebelum itu mengayakan pakaiannya di luar di hadapan sekumpulan jurugambar yang berkumpul di hadapannya. 

Berdasarkan klip video viral, gadis itu cuba beredar dari sekumpulan jurugambar itu, tetapi salah seorang jurugambar cuba mengambil gambar bawah skirtnya walaupun petugas acara itu menjerit bahawa sesi photoshoot itu dibatalkan. 

Dalam video itu, kedengaran juga gadis itu menangis. 


Gadis itu terpaksa duduk dan melindungi dirinya dengan buku nota bagi mengelakkan jurugambar merakam bahagian dirinya yang tidak sepatutnya sebelum kakitangan acara itu datang meleraikan sekumpulan jurugambar terbabit. 

Malangnya, jurugambar itu tetap cuba merakam gambar dada dan bawah skirt gadis itu. 

Kejadian itu membuatkan netizen di Jepun berasa kesal dan marah. 

"Saya sebagai orang Jepun, malu dengan kejadian ini. Tak malu ke buat macam tu demi nafsu sendiri? 

"Jika ada lagi jurugambar dengan perangai menjelikkan seperti ini, Comiket patut ban terus kehadiran mereka. 

"Ini betul-betul tidak bermoral. Comiket perlu letakkan pagar di antara cosplayer dengan jurugambar selepas ini," kata netizen. 

Sementara itu, gadis berkenaan juga tampil menjelaskan apa yang berlaku pada waktu itu. 

"Saya yang berada dalam video tersebut. Saya dah beritahu mereka terlalu dekat, tolong beralih ke belakang sedikit', malangnya tiada sesiapa yang mendengar. Terima kasih kepada kakitangan acara yang datang membantu. 


"Jika insiden seperti ini berulang lagi, saya tidak akan teragak-agak untuk menendang kamera jurugambar," katanya. 

Sumber: AsiaOne


Sumber : thereporter.my