Tidak diketahui bagaimana mangsa boleh tergantung di luar balkoni itu, tetapi klip video yang dirakam orang awam menunjukkan mangsa bersendirian menghadapi situasi itu di bangunan kediaman di Chongqing, China.
Beberapa jiran berkumpul di bawah bangunan dan membentangkan kain yang dipercayai selimut dalam cubaan menyambut kanak-kanak itu sekiranya mangsa terjatuh.
Salah seorang saksi di tempat kejadian, Liu, yang tinggal di tingkat 27 berkata, keadaan pada ketika itu cemas dan ramai yang menjerit.
"Mangsa cuba bertahan dengan mencapai besi pagar beberapa kali sebelum cuba memanjat semula ke balkoni. Tetapi apabila dia hampir saja berjaya, dia tergelincir," katanya.
Sehingga mangsa tidak dapat lagi bertahan lalu terjatuh dan mujur mangsa terjatuh tepat di selimut yang dibentangkan di bawah.
Never leave your child home alone! Toddler who climbed out of high-rise building balcony was luckily caught by neighbors with a blanket pic.twitter.com/IPvUlKz1km— People's Daily, China (@PDChina) July 29, 2019
Mangsa selamat tetapi dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan kecil.
Difahamkan, ibu bapa mangsa pada ketika kejadian, sedang bekerja.
Sumber : thereporter.my