Sumber dari Malay Mail |
Dalam ciapan berbentuk video berkenaan, beliau menjelaskan tujuan memperkenalkan modal ekonomi berkenaan adalah untuk membantu para belia, khususnya mat-mat motor untuk mencari rezeki disamping makcik dan pakcik menjual barangan mereka dengan menggunakan servis berkenaan.
Alhamdulillah!— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 21, 2019
Kabinet sebulat suara meluluskan modal Ekonomi Gojek-DegoRide. Terima kasih kepada semua yang membantu dalam merealisasikan impian ini, khususnya YAB @chedetofficial & Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Let’s work even harder for the Youths!#Gojek#YouthPower pic.twitter.com/ZM2al2cRax
Pandangan Ohmedia sendiri, walaupun nampak bagus, sebenarnya banyak sisi negatif yang boleh kita lihat. Kadar kemalangan paling tinggi adalah dicatatkan oleh penunggang motosikal. Sebelum ini pun ada berita berkenaan penunggang motosikal yang digilis lori dan kejadian berkenaan berlaku didalam bandar.
Itu belum bab menunggang secara merbahaya. Selit sana sini. Selain dia bawa nyawa sendiri, penunggang Gojek-DegoRide ni bawa nyawa orang lain juga. Mungkin YB Syed Saddiq perlu kaji lagi dengan lebih mendalam tentang modal ekonomi ni dari segi keselamatan. Bgai Ohmedia sendiri modal ni perlu ada mekanisma yang berkesan sekiranya tidak mahu menanggung risiko masa muka.
Antaranya penunggang Gojek-DegoRide perlu dicarumkan dengan PERKESO, kerana menunggang motosikal mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dalam kemalangan berdasarkan statistik yang dikeluarkan. Selain itu, mungkin setiap penunggang berkenaan diwajibkan mempunyai insurans kemalangan dan nyawa untuk jaminan mereka masa depan sekiranya terlibat dengan kemalangan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Travel
Sumber: Oh! Media