Tidak Kira Siapa Pun, Menghina ATM Adalah Perkara Jijik Dan tidak Boleh Diterima, Kata Mat Sabu

Sumber  dari Awani
Berkaitan isu penghinaan yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu tampil memberi kenyataan dengan mengatakan Angkatan Tentera Malaysia diibaratkan sebagai perbuatan jijik dan tidak boleh diterima sama sekali. Kata beliau, ATM perlu diangkat darjatnya dan dipandang tinggi atas pengorbanan mereka memastikan keamanan dan kedaulatan negara selama ini.

"Apabila seorang jutawan mengatakan tentera makan, tidur, elok jadi peneroka Felda. Rakyat melenting. Pelbagai pihak membela angkatan tentera. Saya melihat isu perkauman dimainkan. Apabila seorang Melayu Islam mengkritik angkatan tentera, netizen diam, tetapi apabila ada orang Tionghua (berkata yang sama), rakyat melenting. Kita tidak kira apa-apa kaum. Menghina angkatan tentera ialah satu perkara jijik dan tidak boleh kita terima," kata Mohamad Sabu.

Terdahulu, isu ini timbul apabila seorang ahli perniagaan yang mempersoal peranan dan tugas anggota tentera. Melalui entri blog terbaru ahli perniagaan tersebut, dia mengingatkan bahawa kerajaan perlu mengawal perbelanjaan awam yang besar.

Sumber : Awani

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media