Adoi, rasa sakitnya tu Ohmedia faham sangat, huhu. Baru-baru ini tersebar tentang kisah seorang lelaki yang kecewa apabila terpaksa membatalkan perkahwinan dengan wanita yang dikenalinya di saat akhir kerana terasa tertipu.
Lelaki yang dikenali dengan nama Yusuf dan bekerja di Korea Selatan itu terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya apabila impian untuk berkahwin dengan gadis cantik Indonesia yang bekerja di Taiwan dan dikenali di Facebook, tidak sama dengan gambar yang dilihatnya selama ini.
Untuk dijadikan cerita, Yusuf pada mulanya telah terpikat dengan gambar cantik dan indah yang selalu dikongsikan di laman Facebook gadis terbabit dan membuat keputusan untuk jalinkan hubungan. Walau tidak pernah bersua muka kerana jarak yang jauh, pasangan itu menjalinkan hubungan cinta dan sering berhubung melalui media sosial.
Selepas dua tahun menjalinkan hubungan jarak jauh, Yusuf akhirnya mengambil keputusan datang ke Taiwan untuk menikahi gadis yang dicintainya itu. Jadi pada saat ini perkara menyedihkan berlaku apabila Yusuf terkejut apabila mendapati wajah kekasihnya itu jauh berbeza dengan gambar yang terdapat di Facebook.
Tanpa berfikir panjang, masa inilah Yusuf ambil keputusan batalkan perkahwinan mereka dan terus pulang ke Korea semula. Tidak cukup dengan itu, Yusuf juga telah viralkan kisahnya ke sosial media yang turut kongsikan gambar gadis berkenaan.
Apa agaknya yang membuatkan Yusuf bengang? Kalau korang nak tahu. Yusuf berkata, dia juga mengalami kerugian kira-kira Rp10 juta (RM2,948) yang diminta wanita itu sebagai persediaan majlis perkahwinan mereka.
Bagi Ohmedia, zaman sekarang ni jangan mudah percaya dengan apa yang dikongsikan oleh seseorang melalui sosial media, tida kira wanita atau lelaki, korang perlu sentiasa berhati-hati. Bagi mereka yang masih belum jumpa pasangan itu, jangan putus asa ok, teruskan mencari.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media