Saya Bukan Patung, Titah Sultan Johor Tentang Pembelian Perkakasan Tentera

Sumber: Google
Hari ini dalam kiriman Facebook DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Baginda mengkritik mengenai penjualan perkakasan tentera yang tidak masuk akal oleh sesetengah pihak.

Baginda bertitah dalam nada tegas, Baginda sentiasa memerhati, mengambil tahu dan mengikuti perkembangan Kor Gerak Khas memandangkan Baginda sendiri adalah Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK).

Baginda bertitah menegur pihak Komando agar tidak seharusnya menerima apa sahaja peralatan yang dicadangkan atau hendak dijual oleh pembekal secara bulat-bulat.

"Saya juga perhatikan ada bekas-bekas Jeneral bersara menjadi ejen menjual perkakasan tentera kepada komando dengan harga tidak masuk akal. Sebagai contoh, pembelian bot 'Rigid Riding Craft' sebanyak lapan unit dicadangkan dengan kos RM5 juta seunit, Harga ini tidak munasabah dan selepas saya campur tangan, saya berikan komando bot lebih baik serta menjimatkan kerajaan," titah Baginda Tuanku Sultan.

Baginda sedar akan tindakan Baginda mencampuri urusan pembelian perkakasan tentera akan membuatkan sesetengah pihak berasa tidak senang yang ingin mengaut keuntungan sebagai orang tengah.

"Jika saya tidak campur tangan dalam hal ini, siapa yang akan untung berjuta ringgit", titah Baginda Tuanku Sultan.



Sumber : Kiriman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sumber: Oh! Media