Pramugari maut. organnya gagal berfungsi selepas digigit nyamuk


Seorang pramugari berusia 23 tahun dari Thailand dilaporkan meninggal dunia dari demam denggi, tiga hari selepas dia digigit nyamuk aedes. 

Lapor Oriental Daily, Apitchaya Jareondee dan beberapa ahli keluarganya mengalami demam panas yang tinggi dan pening kepala selepas digigit nyamuk. 

Mereka dibawa ke sebuah hospital di Chiang Mai, utara Thailand dan doktor mengesahkan mereka mengalami demam denggi. 

Malangnya, pramugari berkenaan mengalami jangkitan kesan dari gigit nyamuk itu sehingga menyebabkan pendarahan dalaman dan organ dalaman gagal berfungsi. 

Apitchaya yang bekerja dengan Thai Lion Air disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu, tiga hari selepas dia digigit nyamuk tersebut. 

Saudara mangsa berkata, mereka kini sedang mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup tingkap rumah dan berada di dalam rumah sepanjang musi hujan ini kerana nyamuk ada di merata-rata tempat. 



Sumber : thereporter.my