Perlaksanaan GoJek Di Malaysia, Ada Perkara Yang Perlu Dititik Beratkan

Sumber dari SoyaCincau
Kelmarin Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq meluahkan rasa terujanya apabila usulnya untuk melaksanakan Gojek-DegoRide di Malaysia sebulat suara persetujui oleh kabinet melalui ciapan Twiiter beliau. Tujuannya adalah untuk memperkasa ekonomi mat-mat moto serta pakcik dan dan makcik yang menjual makanan.



Walaubagaimanapun, masih ada yang mempersoal pelaksanaanya oleh netizen di media sosial kerana ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum Gojek-DegoRide ini dilaksanakan sebagai model ekonomi.


Yang pertama adalah isu keselamatan. Seperti mana kita tahu, penunggang motosikal kekal penyumbang terbesar kadar kemalangan jalanraya. Jadi untuk jaminan masa depan bagi penunggang Gojek-DegoRide ini nanti, perlu ada piawaian yang dimesti dipatuhi, misalnya mempunyai insurans nyawa dan kemalangan atau diletakkan dibawah PERKESO.

Untuk penumpang pula, perlu ada insurans dari Gojek-DegoRide untuk melindungi penumpang sekiranya berlaku kemalangan. Modul khas untuk penunggang Gojek-DegoRide tetang cara tunggangan yang betul bila membawa penumpang juga perlu diperkenalkan.

Perkhidmatan ini juga mampu mengundang fitnah. Kerana majoriti penunggang Gojek-DegoRide adalah lelaki. Menurut mufti Selangor, keadaan ini jelas menunjukkan tidak sopan dan tidak bercirikan Islamik. Menaiki motosikal bersama bukan mahram adalah tak diharuskan.

Selain itu, turut dititik beratkan adalah pendapatan pemandu teksi. Perlu ada mekanisma khusus untuk mewujudkan situasi menang-menang oleh kerajaan supaya pendapatan teksi tidak terjejas sekiranya perkhidmatan ini dilaksanakan kelak.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media