Bagi memastikan keselamatan persisiran pantai Sabah terjamin, perintah berkurung di tujuh daerah perairan Zon Selamat Timur Sabah yang sepatutnya berakhir esok, akan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini (24 Ogos).
Tujuh kawasan yang terlibat itu adalah perairan Tawau, Semporma, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.
Jadi semua penduduk perlu berada di dalam rumah dari jam 6 petang sehingga 6 pagi dan mengurangkan sebarang aktiviti luar.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Sumber: Oh! Media