Sumber dari TechCrunch |
Mike Grover mencipta pengecas seakan pengecas Iphone Lighthing biasa yang digunakan untuk iTunes. Menurutnya, pengecas akan berfungsi apabila kabel pengecas berkenaan disambung kepada pada komputer yang berhubung dengan rangkaian wifi.
Jelasnnya, setelah kabel bersambung dengan komputer berkenaan, ia membolehkan penggodam mempunyai kawalan dari jauh terhadap pengecas tersebut. Walaubagaimanapun ia berkata, pengecas berkenaan hanyalah sebuah prototaip.
"Ia kelihatan seperti kabel yang asli dan berfungsi seperti biasa, bahkan komputer anda tidak menyedarinya sehingga saya, sebagai penggodam, secara wayarles mengawal kabel,"
Kabel berkenaan dicipta dengan teliti dengan memodifikasi kabel asli Apple memasukkan "implan" yang mengandungi komponen yang membolehkan komputer dapat diakses dari jauh.
Grover berkata, jarak selamat untuk penggodam melakukan penggodaman adalah 300 kaki. Walaubagaimanpun, antenna yang kuat diperlukan oleh penggodam sekiranya untuk menambah jarak berkenaan.
Untuk info, Apple baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan membayar penggodam lebih daripada $ 1 juta jika mereka berjaya mendedahkan kelemahan keselamatan berbahaya kepada firma itu.
Sumber : Mirror UK
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Travel
Sumber: Oh! Media