Pemotong Rumput Maut Dirempuh, Pemandu Malaysia Didapati Tiada Lesen Sah


Sebelum ini tersebar di media sosial berikutan dengan kejadian seorang pemandu Malaysia yang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan lima orang pemontong rumput terkorban dan seorang parah di Songkhla, Selatan Thailand.

Hari ini pula, disahkan bahawa pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu yang sah. Pemandu wanita yang berusia 30 tahun dan seorang warga negara Malaysia itu telah didakwa memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian dan kerosakan harta awam dan dengan itu dia bakal berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak melebihi 20,000 baht atau RM2,721 jika disabitkan kesalahan.

Dalam perkembangan lain, polis Thai juga telah bersetuju untuk mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 baht atau RM68,000 kepada 200,000 baht atau RM27,000.

Tapi, walaupun dia dapat diikat jamin, wanita terbabit tetap terpaksa tinggal di Thailand dan dilarang untuk keluar dari situ sehingga kesnya selesai dan perlu juga membayar sagu hati wang tunai 50,000 bhat atau RM6,764 kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM33,823.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media