Natasha Hudson Rasakan Beli Tuala Wanita Hanya Bazirkan Wang


Perkongsian seorang selebriti mengenai banyak isu di media sosial sememangnya amat cepat menjadi perhatian peminat dan netizen, lagi-lagi bila ia melibatkan sesuatu yang agak sulit. Tapi ada juga artis yang berkongsi sesuatu yang berilmu dan bermanfaat untuk peminat mereka. Sekarang Ohmedia ingin kongsikan satu perkongsian menarik dari seorang pelakon dan model, Natasha Hudson yang Ohmedia rasakan jarang dibincangkan.

Dalam satu kemaskini terbaru Natasha di Instagramnya, dia berkongsi mengenai isu kesihatan alat sulit dan kewanitaan yang pasti jarang sekali dibincangkan secara terbuka di sosial media. Mungkin kerana malu dan merasakan ia tidak sepatutnya dikongsi walaupun sebenarnya hal kesihatan alat sulit ini amat penting untuk dketahui semua orang.

Apa agaknya yang dikongsikan Natasha? Dia telah menyarankan para wanita di luar sana untuk mencuba menggunakan Menstrual Cup yang mampu membantu wanita matang ketika datang bulan.


Untuk korang yang mungkin tidak tahu, Menstrual Cup ini sebenarnya telah lama ada dan ia adalah alat alternatif bagi wanita selain menggunakan tuala wanita bagi menampung darah haid. Jadi, Natasha merasakan perkara ini perlu dibincangkan memandangkan masih ramai wanita yang masih keliru tentang cara penggunaan cawan ini.

Natasha turut menerangkan cara penggunaan cawan haid ini dengan betul kerana ada juga yang takut menggunakan cawan haid. Biasanya mereka bimbang bahawa mereka akan tidak selesa. Ini sememangnya sering berlaku untuk yang baru pertama kali yang menggunakan cawan haid.

Penggunaan cawan haid ini juga dikatakan mampu memelihara alam sekitar dan Natasha berpendapat, apa yang pasti ia mampu mengurangkan pembaziran wang yang digunakan untuk memberi tuala wanita.

Ini Ohmedia kongsikan sedikit perkongsian yang diambil dari Instagram Natasha

Apa itu menstrual cup?
Menstrual cup adalah alat kesehatan yang bentuknya seperti corong minyak, dengan ukuran lebih kecil dan terbuat dari silikon berbahan aman untuk tubuh. Alat ini digunakan untuk “menadah” darah selama menstruasi, mirip dengan fungsi pembalut. @thehivebulkfoods

Biasanya, terdapat 2 ukuran menstrual cup: ukuran untuk yang sudah melahirkan dan ukuran untuk yang belum pernah melahirkan. Berbeda dengan pembalut dan tampon yang harus beli baru setiap kali haid, menstrual cup atau cangkir menstruasi ini cukup beli satu kali saja, karena satu buah menstrual cup bisa dipakai dalam jangka waktu yang lama, kira-kira sekitar 10 tahun, dan penggunaannya yang bisa dipakai berkali-kali.

Cara menggunakan menstrual cup hampir sama dengan penggunaan tampon. Anda perlu memposisikan diri senyaman mungkin, bisa dengan duduk, jongkok, atau salah satu kaki diangkat ke atas. Setelah itu, pegang ujung cangkir menstruasi ini dengan melipatnya seperti bentuk huruf U. Lalu, masukkan ke dalam vagina perlahan hingga ujungnya. Mudah, bukan?

Jadi apa pula pendangan wanita diluar sana mengenai penggunaan Menstrual Cup ini? Untuk info penuh boleh pergi terus ke Instagram @natashahudsonofficial

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan



Sumber: Oh! Media