''Minta tetamu lama (Cina) pulang, jika mahu tetamu baru keluar' - Zakir Naik


Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik baru-baru ini memberi kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia sebagai respon balas terhadap gesaan pengkritiknya agar dia keluar dari negara ini. 

Dalam kenyataan yang dibuat pada satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, beliau berkata kaum Cina adalah tetamu dan perlu diminta pulang ke negara asal, sebelum meminta beliau pulang ke India. 

"...Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru kita. 

"Kamu tahu tak yang ada orang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang. 

"Kaum Cina kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini. Mungkin generasi baru, ya (lahir di sini). 

"Jika kamu mahu tetamu itu pulang dan tetamu lain yang membawa keamanan dalam sesuatu komuniti tersebut, mereka (tetamu itu) membawa manfaat kepada keluarga itu," katanya. 

Zakir Naik kini memiliki status penduduk tetap Malaysia, sedang berdepan dengan dakwaan pengubahan wang haram dan dikehendaki oleh kerajaan India. 

Kerajaan India cuba memohon Zakir diektradisikan tetapi permohonan itu ditolak oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan agar Zakir dihantar pulang ke India sehingga pendakwa itu dijamin mendapat perbicaraan yang adik di India. 

Sementara itu, tiga pemimpin menyokong gesaan agar Zakir dihantar pulang ke negara asalnya. Pemimpin itu adalah Rais Yatim, Gobind Singh dan M Kulasegaran. 

Menurut Rais Yatim, sebelum Zakir menetap di Malaysia, negara berada dalam keadaan harmoni tetapi kini tidak lagi kerana kaum Hindu diganggu dengan komen-komen Zakir yang memperkecilkan kaum itu. 

"Zakir sedang berperanan bahaya batu api. Amat baik dia dipulangkan saja ke India. Kerana dia, hubungan Malaysia-India juga muram. Kita ada banyak kerja lain lagi," katanya menerusi Twitter. 

Gobind dan M Kula Segaran juga menyuarakan kebimbangan mereka kepada Mahathir dalam mesyuarat Kabinet semalam di mana Zakir tidak boleh lagi dibenarkan tinggal di Malaysia. 



Sumber : thereporter.my