Menceraikan Isteri Atas Permintaan Orang Tua


Soalan:
Apakah suami harus menceraikan isteri jika orang tua meminta?

Jawapan:
Kita boleh pelajari dari kisah Nabi Ismail dan isterinya dengan bapanya Nabi Ibrahim ‘alaihis salam:

Kemudian Nabi Ismail semakin dewasa, dia pun menikah dengan seorang wanita yang tinggal di sekitar telaga Zamzam. Tidak lama kemudian ibu Ismail, Hajar meninggal dunia.

Di kemudian hari Ibrahim datang setelah Ismail menikah untuk mengetahui khabarnya, namun dia tidak menemukan Ismail. Ibrahim bertanya tentang Ismail kepada isteri Ismail. Isterinya menjawab: “Dia sedang pergi mencari nafkah untuk kami.” Lalu Ibrahim bertanya tentang kehidupan dan keadaan mereka. Isteri Ismail menjawab:

نَحْنُ بِشَرٍّ ، نَحْنُ فِى ضِيقٍ وَشِدَّةٍ
“Kami mengalami banyak keburukan, hidup kami sempit dan penuh penderitaan yang berat.”

Isteri Ismail mengadukan kehidupan yang dijalaninya bersama suaminya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata:

فَإِذَا جَاءَ زَوْجُكِ فَاقْرَئِى عَلَيْهِ السَّلاَمَ ، وَقُولِى لَهُ يُغَيِّرْ عَتَبَةَ بَابِهِ
“Nanti apabila suami kamu datang sampaikan salam dariku dan katakan kepadanya agar mengubah palang pintu rumahnya.”

Ketika Ismail datang dia merasakan sesuatu lalu dia bertanya kepada isterinya:

هَلْ جَاءَكُمْ مِنْ أَحَدٍ
“Apakah ada orang yang datang kepadamu?”

Isterinya menjawab:

نَعَمْ ، جَاءَنَا شَيْخٌ كَذَا وَكَذَا ، فَسَأَلَنَا عَنْكَ فَأَخْبَرْتُهُ ، وَسَأَلَنِى كَيْفَ عَيْشُنَا فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّا فِى جَهْدٍ وَشِدَّةٍ
“Ya. Tadi ada orang tua begini dan begitu keadaannya datang kepada kami dan dia menanyakan kamu lalu aku terangkan dan dia bertanya kepadaku tentang keadaan kehidupan kita maka aku terangkan bahwa aku hidup dalam kepayahan dan penderitaan.”

Ismail bertanya:

فَهَلْ أَوْصَاكِ بِشَىْءٍ
“Apakah orang itu memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?”

Isterinya menjawab:

نَعَمْ ، أَمَرَنِى أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ السَّلاَمَ ، وَيَقُولُ غَيِّرْ عَتَبَةَ بَابِكَ
“Ya. Dia memerintahkan agar aku menyampaikan salam darinya kepadamu dan berpesan agar kamu mengubah palang pintu rumahmu.”

Ismail berkata:

ذَاكِ أَبِى وَقَدْ أَمَرَنِى أَنْ أُفَارِقَكِ الْحَقِى بِأَهْلِكِ
“Dialah ayahku dan sungguh dia telah memerintahkan aku untuk menceraikan kamu, maka kembalilah kamu kepada keluargamu.”

Maka Ismail menceraikan isterinya. Kemudian Ismail menikah lagi dengan seorang wanita lain dari kalangan penduduk yang tinggal di sekitar itu lalu Ibrahim pergi lagi meninggalkan mereka dalam kurun waktu yang dikehendaki Allah.

Setelah itu, Ibrahim datang kembali untuk menemui mereka namun dia tidak mendapatkan Ismail hingga akhirnya dia mendatangi isteri Ismail lalu bertanya kepadanya tentang Ismail. Isterinya menjawab: “Dia sedang pergi mencari nafkah untuk kami.” Lalu Ibrahim bertanya lagi: “Bagaimana keadaan kalian?”

Beliau bertanya kepada isteri Ismail tentang kehidupan dan keadaan hidup mereka. Isterinya menjawab:

نَحْنُ بِخَيْرٍ وَسَعَةٍ
“Kami selalu dalam keadaan baik-baik saja dan cukup.”

Isteri Ismail juga memuji Allah. Ibrahim bertanya:

مَا طَعَامُكُمْ
“Apa makanan kalian?”

Isteri Ismail menjawab:

اللَّحْمُ
“Daging.”

Ibrahim bertanya lagi:

فَمَا شَرَابُكُمْ
“Apa minuman kalian?

Isteri Ismail menjawab:

الْمَاءُ
“Air.”

Maka Ibrahim berdoa:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِى اللَّحْمِ وَالْمَاءِ
“Ya Allah, berkatilah mereka dalam daging dan air mereka.”

قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ يَوْمَئِذٍ حَبٌّ ، وَلَوْ كَانَ لَهُمْ دَعَا لَهُمْ فِيهِ » . قَالَ فَهُمَا لاَ يَخْلُو عَلَيْهِمَا أَحَدٌ بِغَيْرِ مَكَّةَ إِلاَّ لَمْ يُوَافِقَاهُ .
Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ketika itu belum ada biji-bijian di Makkah dan seandainya ada tentu Ibrahim sudah mendoakannya.” Sabda baginda lagi: “Dan dari doa Ibrahim tentang daging dan air itulah, tidak ada seorang pun selain penduduk Makkah yang mengeluh bila yang mereka dapati hanya daging dan air.”

Ibrahim selanjutnya berkata:

فَإِذَا جَاءَ زَوْجُكِ فَاقْرَئِى عَلَيْهِ السَّلاَمَ ، وَمُرِيهِ يُثْبِتُ عَتَبَةَ بَابِهِ
“Jika nanti suamimu datang, sampaikan salam dariku kepadanya dan perintahkanlah dia agar memperkukuh palang pintu rumahnya.”

Ketika Ismail datang, dia berkata:

هَلْ أَتَاكُمْ مِنْ أَحَدٍ
“Apakah ada orang yang datang kepadamu?”

Istrinya menjawab:

نَعَمْ أَتَانَا شَيْخٌ حَسَنُ الْهَيْئَةِ ، وَأَثْنَتْ عَلَيْهِ ، فَسَأَلَنِى عَنْكَ فَأَخْبَرْتُهُ ، فَسَأَلَنِى كَيْفَ عَيْشُنَا فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّا بِخَيْرٍ .
“Ya. Tadi ada orang tua dengan penampilan sangat baik datang kepada kita”, dan isterinya memuji Ibrahim. “Dia bertanya kepadaku tentang kamu, maka aku terangkan lalu dia bertanya kepadaku tentang keadaan hidup kita, maka aku jawab bahawa aku dalam keadaan baik.”

Ismail bertanya:

فَأَوْصَاكِ بِشَىْءٍ
“Apakah orang itu memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?”

Isterinya menjawab:

نَعَمْ ، هُوَ يَقْرَأُ عَلَيْكَ السَّلاَمَ ، وَيَأْمُرُكَ أَنْ تُثْبِتَ عَتَبَةَ بَابِكَ
“Ya. Dia memerintahkan aku agar aku menyampaikan salam darinya kepadamu dan berpesan agar kamu mempertahankan palang pintu rumahmu.”

Ismail berkata:

ذَاكِ أَبِى، وَأَنْتِ الْعَتَبَةُ ، أَمَرَنِى أَنْ أُمْسِكَكِ
“Dialah ayahku dan palang pintu yang dimaksud adalah kamu. Dia memerintahkanku untuk mempertahankan kamu.”

Kemudian Ibrahim meninggalkan mereka sampai waktu yang Allah kehendaki.

(HR. Bukhari, no. 3364)

Pelajaran penting dari kisah

Pertama: Boleh menuruti keinginan orang tua untuk menceraikan isteri jika memang ada sebab yang benar. Namun menuruti semua keinginan orang tua dalam hal menceraikan tidaklah harus.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ketika ditanya tentang seseorang yang sudah mempunyai isteri dan anak kemudian ibunya tidak suka kepada isterinya dan mengisyaratkan agar menceraikannya, Syaikhul Islam berkata: “Tidak boleh dia mentalak isteri kerana mengikuti perintah ibunya. Menceraikan isteri tidak termasuk berbakti kepada ibu.” (Majmu’ah Al-Fatawa, 33:112)

Ada orang bertanya kepada Imam Ahmad: “Apakah boleh menceraikan isteri kerana kedua orang tua menyuruh untuk menceraikannya?” Dikatakan oleh Imam Ahmad: “Jangan kamu talak”. Orang tersebut bertanya lagi: “Tetapi bukankah Umar pernah menyuruh anaknya menceraikan istrinya?” Kata Imam Ahmad: “Boleh kamu taati orang tua, jika bapamu sama dengan Umar, kerana Umar memutuskan sesuatu tidak dengan hawa nafsu.” (Masail min Fiqh Al-Kitab wa As-Sunnah, hlm. 27)

Dari sahabat ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata:

كَانَتْ تَحتِى اِمْرَأَةٌ وَكُنْتُ أُحِبُّهَا، وَكَانَ عُمَرُيَكْرَهُهَا،فَقَالَ لِى :طَلِّقْهَا، فَأَبَيْتُ، فَأَتَى عُمَرُ رضى اللَّه عنه النَّبِيِّ صلّى اللّه عليه وسلم، فَدَكَرَذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صلّى اللّه عليه وسلم : طَلِّقْهَا
“Aku mempunyai seorang isteri serta mencintainya dan Umar tidak suka kepada isteriku. Kata Umar kepadaku: ‘Ceraikanlah isterimu’, lalu aku tidak mahu, maka Umar datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan menceritakannya, kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadaku: ‘Ceraikan istrimu’.” (HR. Abu Daud, no. 5138; Tirmidzi, no. 1189; dan Ibnu Majah 2088. Hasan sahih)


Diriwayatkan oleh Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu bahawa ada seorang datang kepadanya berkata:

إِنِّ لِى امْرَأَةً وَإِنِّ أُمِّى تَأْمُرُنِى بِطَلاَقِهَا؟ فَقَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَلهِّ صلّى اللّه عليه وسلم يَقُولُ (الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ) فَإِنْ شِئْتَ فَاضشعْ ذَلِكَ الْبَابِ أَوِاحْفَظْهُ
“Sesunggguhnya aku mempunyai seorang isteri dan ibuku menyuruh untuk menceraikannya. Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Orang tua itu adalah sebaik-baik pintu syurga, seandainya kamu mahu maka jagalah pintu itu, jangan engkau sia-siakan maka engkau jaga.” (HR. Tirmidzi Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan sahih)


Kedua: Tidak semua masalah rumah diberitahu orang luar, walaupun pada mertua.

Ketiga: Diperintahkan untuk qanaah, dan isteri yang buruk adalah yang tidak qanaah.

Isteri pertama Nabi Ismail adalah isteri yang tidak bersyukur. Dalam Fath Al-Bari (6:604), isteri pertama ini bernama ‘Amarah binti Sa’ad bin Usamah. Pada hadits Abu Jahm disebutkan bahawa isterinya adalah bintu Shada, tanpa menyebut namanya. As-Suhaili menceritakan bahawa namanya adalah Jaddi binti Sa’ad.

Bentuk rasa tidak syukurnya, dia menyatakan bahawa dia dan Nabi Ismail dalam keadaan penuh kekurangan. Dalam Fath Al-Bari (6:604) dinyatakan bahawa dia menyebut di rumah tidak ada makanan dan minuman.

Isteri kedua pula bernama Samah binti Muhalhil bin Sa’ad, ada pula yang menyatakan bahawa nama isteri keduanya adalah ‘Atikah. Isteri kedua menerima keadaan Nabi Ismail apa adanya.

Keempat: Mengganti palang pintu rumah adalah kata kinayah (kiasan) untuk talak.

Kelima: Isteri pertama menyifati Nabi Ibrahim dengan sebutan laki-laki tua, tanda merendahkan. Sedangkan isteri kedua menyebut Nabi Ibrahim dengan laki-laki tua yang berperawakan dan berwajah bagus, dan berbau wangi. Lihat Fath Al-Bari, 6:604 dan 6:605.

Keenam: Keutamaan air, daging, dan susu.

Ketujuh: Keutamaan suami bekerja dan isteri berada di rumah.

Kelapan: Pekerjaan Nabi Ismail sebagaimana disebutkan dalam Fath Al-Bari (6:404) adalah berburu. Berburu termasuk pekerjaan yang dibolehkan.

Kesembilan: Perintah orang tua selama tidak dalam maksiat tetap ditaati kecuali menimbang maslahat.

Kesepuluh: Boleh mengirimkan salam.

Rujukan

• Al-Bidayah wa An-Nihayah. Cetakan Tahun 1436 H. Al-Hafizh ‘Imaduddin Abul Fida’ Isma’il bin ‘Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi. Penerbit Dar ‘Alam Al-Kutub.
• Fath Al-Bari bi Syarh Shahih Al-Bukhari. Cetakan Keempat. Tahun 1432 H. Ibnu Hajar Al-Asqalani. Penerbit Dar Thiybah.
• Qishash Al-Anbiya. Cetakan kelima, Tahun 1433 H. Ibnu Katsir. Penerbit Maktabah Ar-Rusyd.

Oleh: Rumaysho
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media