Ini mungkin isyarat awal dari pasukan Manchester City apabila berjaya memastikan kemenangan milik mereka dalam pertembungan menentang Liverpool bagi Piala Perisai Komuniti di Wembley malam tadi.
City berjaya mendahului kedudukan 1-0, namun berjaya diikat pasukan Liverpool pada minit akhir perlawanan yang seterusnya terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.
Skuad kendalian Pep Guardiola, yang memenangi treble musim lalu, menyempurnakan kelima-lima sepakan penalti manakala Georginio Wijnaldum menyaksikan sepakannya diselamatkan Claudio Bravo.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media