Lebih 600 Titik Panas Di Kesan, Cetus Jerebu Tebal Di Indonesia

Sumber dari Google
Seperti yang kita semua sedia maklum, Indonesia kini berdepan masalah kemarau yang panjang. Akibatnya, kebakaran hutan di negara berkenaan semakin berleluasa berdasarkan jumlah titik panas yang dikesan. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengurangkan jumlah titik panas berkenaan oleh pemerintah Indonesia.

Penambahan titik panas telah menyebabkan berlakunya jerebu tebal terutamanya di Riau. Titik panas turut di kesan di daerah Kalimantan Tengah telah menyebabkan beberapa sekolah ditutup sementara oleh Jabatan Pendidikan Kota Palangka Raya.

Dipetik Dari Sinar Harian, asap yang dikesan dari wilayah Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah yang telah menuju ke arah tenggara dan utara itu dijangka menyebabkan krisis jerebu terburuk yang mencetuskan konfrontasi serantau pada 2015 kembali berulang.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media