Kini Pemegang Akaun Maybank Boleh Bertukar Dari Konvensional Ke Islamik Dengan Mudah


Tahukah korang semua, pemegang akaun Maybank konvensional boleh menukar akuan mereka akaun patuh syariah? Tak tahu kan? Sebenarnya Ohmedia sendiri pun baru tahu mengenai hal ini. Macam yang kita tahu, akaun konvesional akan menyebabkan pemegang akaun terlibat dengan riba secara langsung atau tidak langsung tanpa kita ketahui.

Oleh itu, dipetik  Dari YADIM, Maybank Islamic Berhad telah memperkenalkan inisiatif terbaru, iaitu pemindahan Akaun Semasa/Simpanan Konvensional (CASA) sedia ada kepada Akaun Semasa/Simpanan Islamik (CASA-i) patuh syariah.

Yang menariknya korang boleh tukar dengan hanya melalui laman Maybank2U saja. Senangkan?Selain itu, walaupun akaun ditukar kepada islamik, nombor akaun lama korang masih dikekalkan.  Jadi kalau korang nak tukar, ikut saja langkah yang dibagi dibawah.


Dulu ramai orang taknak tukar ke akaun islamik sebab nombor akaun tidak dikekalkan, akan timbul masalah pembayaran gaji, pembayaran hutang dan lain-lain yang berkaitan. Memandangkan sekarang ia sudah dipermudahkan, yang mana dulu nak tukar, bolehlah berbuat demikian sekarang. Jika ada sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah singgah mana-mana cawangan Maybank  berdekatan dengan korang semua.

Sumber : YADIM
Sumber: Oh! Media