Kereta Nasional Ketiga Bakal Dilancarkan Pada 2021?


Apa perasaan korang bila dengar tentang projek kereta nasional baharu negara? Ohmedia hari ini cukup menanti-nantikan apa agaknya kelainan yang akan ditunjukkan dari projek kereta nasional ketiga akan datang. Sebentar tadi juga, telah diumumkan bahawa model pertama kereta nasional ketiga ini dijangka akan mula dilancarkan pada Mac 2021 dan ia akan menampilkan model jenis sedan segmen C.

Untuk pengetahuan korang, syatikat tempatan DreamEDGE Sdn Bhd telah dipilih bagi mengetuai projek ini dengan kos pelaburan 100 peratus daripada pembiayaan swasta.

Syarikat ini berjaya membuktikan keupayaannya dengan kemampuan teknologi yang dimiliki selain rekod cemerlang dalam projek berkaitan robotik, internet benda (IoT) dan rekaan automotif,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Apa yang menarik perhatian Ohmedia, Daihatsu Motor Campany juga dikatakan akan turut serta dalam projek ini bagi memberi bantuan dan sokongan dari aspek teknologi.

Selain pelancaran model pertama pada 2021, prototaip kenderaan ini akan diperkenalkan pada Mac 2020 dengan pengambilan tenaga kerja berkaitan akan bermula pertengahan September tahun ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media