Kerajaan PH zalim beku akaun UMNO, punca Utusan hadapi masalah kewangan - Najib


Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa menjadi punca syarikat media Utusan Melayu (M) Bhd mengalami masalah kewangan. 

Utusan Melayu semalam mengatakan pihaknya mungkin akan menutup operasinya kerana tidak mahu lagi menanggung beban hutang sehingga menyebabkan kakitangan bekerja tanpa gaji hampir tiga bulan. 

Difahamkan Utusan mula menghentikan pencetakan akhbarnya sejak Rabu dan mengalami kerugian sejak dua tahun lalu. Selain itu, Utusan juga gagal melunaskan bayaran pampasan bekas kakitangan yang mengambil VSS November 2018. 

Utusan kini hanya akan terus beroperasi di platform digital. 

Bagi Najib, apa yang berlaku adalah disebabkan oleh Kerajaan PH yang didakwanya zalim, malah menegaskan masalah itu tidak akan berlaku sekiranya mahkamah tidak membekukan akaun bank UMNO. 

Beliau berkata, kerajaan patut menghentikan arahan pembekuan akaun UMNO itu dan memulangkan dana tersebut agar UMNO dapat membantu Utusan. 

"Namun, kerana penindasan politik, mereka mengeluarkan saman sivil untuk terus membeku dana berkenaan untuk menyusahkan UMNO dan saya. Utusan Melayu turut menjadi mangsa.

"Kalau Kerajaan PH hentikan arahan membeku akaun UMNo dan mengembalikan dana yang mereka sita secara haram hari ini, esok kita akan tolong Utusan. 

"Tapi usahlah nak idamkan Kerajaan PH akan bertindak adil. Mereka tak akan peduli," katanya yang menyeru rakyat tampil membantu Utusan. 

REAKSI NETIZEN




Sumber: MalaysiaKini


Sumber : thereporter.my