Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Adalah Tidak Di Sengajakan, Kata Ketua Polis Negara
Sumber dari The Straits Times
Tular di media sosial semalam gambar sebuah sekolah memasang jalur gemilang secara terbalik di Pahang. Siasatan telah dijalankan dan ia mendapati perkara berkenaan adalah tidak disengajakan.
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, bendara Jalur Gemilang berkenaan dipasang oleh pekerja asing di sekolah berkenaan yang tidak memahami cara pemasangan bendera Jalur Gemilang dengan betul.
Sumber dari Benama News Channel
Menambah, beliau berkata orang ramai tidak perlu cepat melatah dan tidak menangguk di air keruh (menyentuh sensitiviti sesuatu isu) dengan tujuan merumitkan lagi keadaan. Dalam nada tegas, beliau menyatakan bahawa pihaknya akan menangkap mereka yang cuba berbuat hal sedemikian.