Seorang lelaki ditahan kerana tertembak isterinya yang mengandung ketika dia cuba membunuh seekor ular yang masuk ke dalam kediaman mereka.
Ali El Arid, 28, pelarian dari Syria baru saja memulakan hidup barunya dengan isteri dan dua anaknya di sebuah daerah di Turki.
Pada hari kejadian, Ali mendapati ada seekor ular masuk ke dalam bilik pada waktu pagi, lalu mengambil senapang untuk menembak ular tersebut.
Bagaimanapun peluru yang dibedil melantun lalu terkena pada isterinya, Zeyneb El Arid, yang berada di belakang menyebabkan mangsa terus tersungkur.
Ali terus menghubungi ambulans untuk datang membantu isterinya yang hamil enam bulan dan terus dikejarkan ke Hospital Negeri Seydisehir untuk menjalani pembedahan kecemasan. Namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat untuk dibedah siasat.
Polis kini sedang menyoal siasat dan mengambil keterangan Ali yang mendakwa kejadian itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan.
Sumber: Daily Mail
Sumber : thereporter.my