Hukum Sembelih Korban Pada Waktu Malam


Soalan:
Adakah diharuskan dan sah menyembelih korban pada waktu malam?

Jawapan:
Menyembelih haiwan korban adalah afdhal dan disunatkan pada waktu siang. Adapun menyembelih korban pada waktu malam maka sembelihan tersebut adalah sah tetapi hukumnya adalah makruh melainkan jika darurah maka tidak dimakruhkan menyembelih pada waktu malam.

Menurut pendapat para fuqaha’ mazhab Syafie dan Hanbali bahawasanya sembelih korban pada waktu malam hari itu sah dan memadai tetapi makruh hukumnya kerana dibimbangi tersalah oleh tukang sembelih ketika menyembelih. Ia juga adalah pendapat Ishaq dan Abu Thur dan jumhur ulama’. Ia adalah pendapat yang paling sahih disisi mazhab Hanbali.

Tersebut pada Hasyiah Dusuki:

واستثنى الشافعية من كراهية الأضحية ليلًا ما لو كان ذلك لحاجة، كاشتغاله نهارًا بما يمنعه من الأضحية، أو مصلحة كتيسر الفقراء ليلًا، أو سهولة حضورهم. وهو المفتى به.، لتقول:

إن ليلة عيد الأضحى ليست وقتا للتضحية بلا خلاف، وكذلك الليلة المتأخرة من أيام النحر، وإنما الخلاف في الليلتين أو الليالي المتوسطة بين أيام النحر.

فالمالكية يقولون: لا تجزئ الأضحية التي تقع في الليلتين المتوسطتين، وهما ليلتا يومي التشريق من غروب الشمس إلى طلوع الفجر

“Telah mengecualikan oleh fuqaha’ mazhab Syafie bahawa makruh sembelih korban pada waktu malam itu apabila ada hajat pada yang demikian itu seperti kesibukkan pada siang hari yang menghalangnya dari melakukan sembelih korban atau kerana ada maslahat seperti mudah orang fakir miskin pada waktu malam atau senang mereka hadir. Dan itulah yang difatwakan dengannya.

Sungguhnya malam hari raya itu bukan waktu bagi sembelih korban tanpa khilaf. Demikian juga malam terakhir dari hari-hari sembelih. Hanyasanya khilaf itu ialah pada malam-malam pertengahan iaitu malam antara malam raya dan malam terakhir hari Tasyrik.

Maka ulama’ mazhab Maliki berkata: “Tidak memadai korban yang disembelih pada waktu malam pertengahan tersebut dari tenggelam matahari sehinggalah terbit fajar.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media