Kes-kes buli tidak pernah terpadam, saban hari ada saja kes baru yang melibatkan pelajar sekolah rendah atau menengah. Rata-rata kes dilakukan oleh pelajar yang bermasalah sehingga berani melakukan kekerasan terhadap pelajar lain.
Dalam kejadian yang berlaku baru tengah hari semalam, seorang pelajar darjah satu mengalami pendarahan di hidung akibat ditumbuk oleh pelajar darjah dua atas sebab yang tidak diketahui.
Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian itu ketika menjemput anaknya pulang dari sekolah.
KEJADIAN tengah hari tadi (7 Ogos 2019). Mak bapak mana yang tak terkejut dan bimbang apabila melihat hidung anak berdarah dan menangis-nangis ketika dijemput pulang dari sekolah.
Apabila ditanya, dia kata kena tumbuk. Whatt??!! Kena tumbuk! Rasa nak gugur jantung bila dengar apa yang dia kata.
Anak saya baru darjah satu, budak yang menumbuk dia pula darjah dua. Apa salah anak saya, apa yang dia sakit hati sangat dengan anak saya?
Budak darjah dua perangai dah macam tu, dah mula tunjuk samseng.
Kalau tak ada anak kecil dalam kereta, memang saya pergi cari budak yang tumbuk dia. Sebelum ini hanya baca kes-kes buli di sekolah. Bila dah terjadi pada anak sendiri, baru tahu apa rasanya. Memang rasa nak mengamuk diri ini.
Dah buat aduan kepada pihak sekolah, harap pihak sekolah dapat mengatasi masalah seperti ini dan semoga kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.
Nanti bapak hantar awak pergi kelas Martial Art ye sayang.
Sumber: Norihan Jamil
Sumber : thereporter.my