Bila korang dengar pasal sukan Tinju Muay Thai, apa yang korang fikir? Mestilah sukan ini dikuasai atlet dari Thailand kan. Tapi Ohmedia nak kongsikan seorang peninju Muay Thai Perak, Mohammad Rifdean Masdor yang dikatakan telah berjaya ke perlawanan akhir Kejohanan Muay Thai Asia Timur 2019 di Hong Kong.
Kalau korang tahu, Rifdean yang baru sahaja berumur 17 tahun merupakan pemenang pingat emas Kejohanan Muay Thai Dunia 2019 selepas tewaskan peninju dari Mongolia, Gantushig Tenuun dengan serangan knockout (KO) dalam pusingan kedua.
Kemenangan itu membolehkan petinju remaja itu melangkah ke perlawanan akhir bagi kategori lelaki 48 kilogram (kg) Ahad ini.
Saya berpuas hati dengan corak permainannya dan yakin dia mampu membawa pulang pingat emas kepada negara, kata Ketua Jurulatih, Bernard Radin.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media