Gol Adrian Bukan Satu Kesilapan, Kerana Dia Bermain Terlalu Baik


Aduhai, siapa tengok perlawanan antara Liverpool dan Southampton malam tadi? Walaupun Liverpool menang 2-1. tetapi penjaga gol, Adrian sempat membuatkan penyokong Liverpool cemas apabila memberikan gol percuma kepada pasukan lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Tapi, ketua jurulatih, Jurgen Klopp dilihat mempertahankan anak buahnya dengan merasakan ia perkara biasa dalam Liverpool.


Pada minit ke-83 Adrian merasakan ‘Saya bermain baik jadi mungkin saya perlu melakukan kesilapan seperti Alisson Becker (musim lalu) lakukan dan menjadikan permainan lebih terbuka! Jelas sekali ia tabiat penjaga gol di Liverpool. Tidak ada masalah selagi kami memenangi perlawanan. Buku lali Adrian bengkak dan kami banyak menghantar bola kepadanya, tetapi saya gembira dengan persembahannya. Saya tidak rasa gol berkenaan kerana itu (kecederaan buku lali). Dia bagus dengan kakinya dan jika anda melihat buku lalinya selepas Rabu anda mungkin akan berkata yang hantaran kepada Ings itu lebih baik daripada yang dijangka.

Fuhh, nasib baik boss cover mistake. Bagaimanapun, perlawanan malam tadi menunjukkan anak buah Klopp kelihatan sedikit bergelut sebelum Sadio Mane meledak gol pembukaan sebelum waktu rehat. Gol kedua pula hadir dari Roberto Firmino pada minit ke-71 sebelum Adrian pula memberikan gol percuma pada minit ke-83.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media