Dah enam kali gais Mira Filzah tampar muka Zul Ariffin. Fuh, mesti sedap kan? Tulah, Zul ni buat perangai, kan dah mendapat. Tak ada lah, sis gurau je. Mira Filzah bukan saja-saja tampar orang, dia tampar si Zul tu pun sebab dia nak hidupkan character yang dia bawa tu dalam filem Sangkar.
Lain daripada lain watak Mira ni. Hmm agak-agak dalam filem Sangkar tu dia jadi perempuan baik lagi ke? Nak juga dia jadi ahli gusti hehehe mesti cute kan! Lagi-lagi ada Remy Ishak dalam cerita tu. Alahai, suka tengok diaorang berdua tau.
Saya memang betul-betul menampar Zul, bukan main-main. Begitupun, sudah tentulah saya melakukan semua itu atas keizinannya juga. Saya rasa setakat tamparan saya, Zul takkan rasa apa-apa.
Mira rasa seronok sebab dapat peluang berlakon dalam filem Sangkar arahan Khabir Bhatia dengan barisan pelakon yang lain seperti Remy Ishak, Zul Ariffin, Niezam Zaidi, Nik Adam Mika, Aman Graseka dan James McSweeney.
Saya seronok dapat bekerjasama dengan Zul, Remy dan Kabir sepanjang penggambaran filem ini. Kabir sendiri seorang pengarah yang sangat teliti ketika bekerja, manakala Zul dan Remy pula pelakon profesional. Jadi, bekerja dengan mereka begitu memudahkan
Make sure korang tengok cerita ni tau sebab filem Sangkar ni bukan biashe-biashe. Dah lah diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan yang hebat gais macam Primeworks Studios, Astro Shaw, MM2 Entertainment dan Infinitus Gold.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Moto Vlog
Sumber: Oh! Media