Dr Zakir Naik Beri Notis Tuntutan Kepada Menteri


Padah bila seorang menteri berkata-kata tanpa usul periksa. Mungkin inilah apa yang Ohmedia boleh katakan yang kini Dr Zakir Naik telah mengemukakan notis tuntutan terhadap Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran yang menuntut agar dia membetulkan semula kenyataan serta melakukan permohonan maaf yang sebelum ini telah berkata kepada media yang kemudian mengeluarkan tajuk artikel “Zakir Naik’s presence in Malaysia is embarrassing to all Malaysians”.

Zakir yang diwakili peguambela dan peguamcara Akberdin & Co telah mengesahkan bahawa notis tuntutan itu dihantar ke Pejabat Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.

Segala tuntutan yang dibuat oleh anak guam kami itu hendaklah diterbitkan dalam laman web dan media sosial dan dalam tempoh masa 48 jam. Sekiranya mereka gagal maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah dengan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Dr Zakir, katanya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media