'Dia tak boleh bercakap, mendengar & bernafas dengan baik sejak lahir'


Ketika rakan-rakan seusianya bermain, belajar dan bergelak ketawa, dia pula menanggung satu derita. Amra Khadeeja, kanak-kanak yang berusia lima tahun menghidap Treacher Collins Syndrome. Amra Khadeeja perlu menjalani pembedahan untuk jadikannya seperti kanak-kanak normal yang lain.

Kos pembedahan dikatakan menelan perbelanjaan sebanyak RM28,670. Di atas keprihatinan rakyat Malaysia, kutipan terkini sehingga ke hari ini dikatakan telah mencecah RM23,557.83. 

ASSALAMUALAIKUM, ini Amra Khadeeja. Dia penghidap Treacher Collins Syndrome. Dia tak boleh bercakap, mendengar dan bernafas dengan baik sejak lahir lagi.

Selepas 2 hari kelahiran Amra Khadeeja, dia menjalani satu minor operation, tracheostomy surgery untuk letakkan tube dalam trachea Amra bagi memudahkan Amra bernafas.



Sekarang Amra perlu bernafas guna tube yang ada dekat leher dia yang berwarna putih itu. Amra Khadeeja dah berumur 5 tahun, jadi doltor suggestkan major operation untuk jadikan Amra Khadeeja sama macam kanak kanak normal yang lain.

Jumlah kos rawatan Amra Khadeeja adalah sebanyak RM 28 670, which is memang satu jumlah yang sangat besar untuk ditanggung oleh sebuah family kecil.

Jadi saya memohon kepada sesiapa yang berkemampuan atau berhasrat untuk bantu dari segi kos rawatan boleh menderma di sini, link: ngohub.asia/campaigns/help

Segala info tentang Amra Khadeeja juga tertulis di situ. Jika tak mampu bantu dari segi kewangan pun takpe. Mohon bantu untuk panjangkan perkara ni dengan Share.



#HelpAmraToSurviveTCS 
#AmraKhadeeja
#TreacherCollinsSyndrome

Sumber: Aina Mahadii


Sumber : thereporter.my