"Cukup Peminat Tahu Kami Rapat" - Sweet Qismina


Korang kenal tak Sweet Qismina dulu dia berlakon dalam cerita Hikayat Putera Shazlan? Time tu dia kecil lagi, sekarang pejam celik dia dah berusia 22 tahun dah. Kalau korang nak tahu, Sweet sekarang dah ada boyfriend hehehe namanya Adam Lee. Diaorang kenal selepas diaorang bergandingan dalam Adam Chempaka tau.

Kami berkawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum ada perancangan untuk membawa hubungan ini ke peringkat lebih serius. Cukuplah peminat tahu saya dan Adam Lee rapat, lagipun saya tidak mahu terlalu kerap bercerita mengenai kisah peribadi. Bukan apa, ramai yang beranggapan, kebiasaannya hubungan selebriti tidak lama. Setakat ini, peminat menyambut baik hubungan kami, malah mereka seronok apabila tahu kami rapat. Sepanjang Adam Chempaka ditayangkan, peminat sentiasa menyokong setiap kali kami memuat naik gambar bersama untuk mempromosikan drama itu. Alhamdulillah, tiada yang membenci, terutama apabila Adam membuat pengakuan, kami memang rapat. Kami memang selesa berkawan, namun terserah kepada peminat untuk membuat andaian.


Baguslah kalau dia rasa selesa berkawan dengan Adam tu. Buat masa sekarang ni, Sweet masih lagi study course Diploma Asas Seni, tinggal tiga semester je so dia pun memilih lah untuk tolak tawaran berlakon yang dia dapat sebab dia nak focus study. Bagus dia ni. Pentingkan pelajaran dulu. Sesetengah artis pentingkan duniawi daripada menimba ilmu. Huhuhu.

Saya harus memberikan tumpuan penuh kerana ingin menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan. Saya juga sanggup ketepikan seketika tawaran berlakon untuk memberikan fokus kepada pelajaran. Lagipun, saya bakal menjalani latihan industri pada tahun depan. Memang agak mencabar, namun saya teruja meniti pengalaman baharu yang akan mematangkan lagi diri dan pemikiran.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog



Sumber: Oh! Media