Korang pernah tak beli cd cetak rompak? Masa tengok cd cetak rompak ada tak korang perasan akan ada kepala orang yang timbul, kadang-kadang ada orang lalu? Perasankan? Itu semua dirakam secara haram didalam panggung wayang.
Zaman cd cetak rompak Ohmedia rasa dah lama berlalu tapi tak tahulah kot-kot masih ada yang jual lagi dekat mana-mana pasar malam. Sekarang benda dihujung jari, pandai cari, jumpalah movie yang korang nak tengok tu, tinggal muat turun saja.
Melakukan rakaman secara haram didalam panggung wayang adalah ssatu kesalahan meskipun bukan tujuan untuk membuat keuntungan. Tahukah korang, tindakan berkenaan akan membuatkan korang ditangkap dan dihukum atas akta tertentu.
Misalnya sekiranya merakam adegan di dalam filem yang ditayangkan, korang dikenakan tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dengan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun.
Meskipun denda berkenaan tinggi, namun penguatkuasaan yang longgar, menyebabkan perkara ini akan terus berlaku. Oleh itu sebuah syarikat di China telah menghasilkan teknologi baru yang mampu menangani masalah ini dengan berkesan. Teknologi yang dihasilkan berkenaan dipanggil sebagai "Piracy Blokr" dan sudah diguna pakai oleh panggungwayang seluruh China.
Teknologi ini akan menghasilkan sebuah "watermark" yang akan mengganggu rakaman berkenaan. Yang menariknya, watermark berkenaan hanya boleh dikesan oleh peranti yang merakam movie berkenaan dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Bagi Ohmedia, ini adalah perkara positif dan alangkah bagusnya kalau teknologi diguna pakai dekat Malaysia.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Travel
Sumber: Oh! Media