Xiao Ming, 3, ditemui bapanya dalam keadaan cedera di rumah mereka di China.
Menurut bapanya, dia terdengar suara jeritan mangsa dan terus berlari mendapatkan anaknya dalam keadaan mulutnya tertusuk paip besi.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan paip besi tersebut.
Xiao Ming bernasib baik kerana paip itu tidak menembusi otak dan tempurung kepalanya.
"Saya tidak tahu di mana dia jumpa paip besi berukuran 10 sentimeter itu," kata bapanya yang enggan didedahkan nama.
"Apabila saya berlari mendapatkan anak saya, saya nampak paip besi panjang itu tertusuk ke dalam mulutnya yang sudah dipenuhi dengan darah," katanya.
Gambar menunjukkan bagaimana paip besi berdiamter tiga sentimeter itu tertusuk ke bahagian atas dalam mulut sekurang-sekurangnya satu sentimeter.
Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan elakkan meletak barang-barang berbahaya di tempat yang mudah dicapai oleh mereka bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.
Sumber: Daily Star
Sumber : thereporter.my