Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Beijing membelanjakan 70,000 yuan (RM41,000+) wang bapanya selepas membeli barangan secara online.
Difahamkan, si bapa sebelum itu sedang mencari hadiah untuk isterinya melalui aplikasi beli-belah secara online itu dan memasukkan barangan yang diinginkan dalam 'bakul' agar dapat dinilai semula pada hari yang lain.
Pembelian kesemua barangan itu termasuk cincin, gincu dan beg tangan dari pelbagai jenama terkemuka, malah kesemua barangan itu dihantar ke rumah keluarga itu sehingga tidak cukup ditempatkan di bahagian ruang tamu.
Si bapa memuat naik gmabar anak lelakinya duduk di depan kotak-kotak itu, yang dipercayai telah dimarahi akibat perbuatannya menggunakan telefon bimbit bapanya tanpa kebenaran.
Si isteri gembira tak terkata apabila melihat banyak hadiah yang dibelikan untuk dia. Tetapi selepas mengetahui perkara sebenar, si isteri meminta suaminya memulangkan semua barangan itu.
Namun, lelaki itu mengambil keputusan untuk menyimpan sebahagian barangan tersebut sebagai hadiah kepada isteri dan anaknya, manakala yang selebihnya dipulangkan.
Kanak-kanak itu dihukum menyalin semula kerja rumahnya sebanyak 300 kali akibat perbuatannya itu.
Sumber: China Press
Sumber : thereporter.my