Budak 8 tahun minum bubble tea setiap hari disahkan hidap kanser & meninggal dunia


Seorang bapa yang juga bekerja sebagai Chef sangat menyayangi anak perempuan dan selalu membawa pulang makanan untuk anaknya itu. 

Sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun, si bapa selalu membawa pulang makanan manis dan bubble tea untuk anaknya selepas habis waktu bekerja. 

Beberapa tahun kemudian, kanak-kanak terbabit mengalami masalah berat badan akibat pengambilan makanan manis dan Januari tahun ini, dia berusia lapan tahun dan mula mengadu sakit perut. 

Masalah sakit perutnya menjadi sangat serius sehingga menyebabkan dia hilang berat badan yang ketara dalam masa beberapa hari. 

Bimbang dengan keadaan itu, kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk menjalani pemeriksaan. 

Doktor mengesahkan hati dan buah pinggangnya telah rosak. Malah disahkan menghidap kanser buah pinggang. 

Doktor menyoal ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan mendapati kekerapan si bapa yang selalu memberi makanan manis kepada anaknya menjadi punca dia menghidap masalah kesihatan. 

"Dia beri makanan manis yang terlalu banyak sehingga menjejaskan buah pinggang anaknya, terutamanya apabila dia membiasakan anaknya dengan pengambilan makanan/minuman manis setiap hari," kata doktor berkenaan. 

Mendengar penjelasan doktor itu, si bapa kecewa dan menyesal. 

'Ini semua salah saya, saya yang menyebabkan dia sakit," kata lelaki itu. 

Kanak-kanak perempuan itu tidak memberi respon yang positif pada rawatan dan selepas 30 hari kemudian, dia disahkan meninggal dunia. 



Sumber : thereporter.my