Berdosa kalau kita memotong kenderaan di hadapan tanpa...


Waktu pergi dan pulang dari tempat kerja merupakan antara waktu puncak, selain pada musim perayaan. Ketika itu, rata-rata jalan raya akan mengalami kesesakan lalu lintas disebabkan aliran trafik kenderaan yang tinggi. Pada masa itulah, kita akan diuji dalam kesesakan tersebut.

Lebih menguji kesabaran apabila ada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memotong barisan.

Persoalannya, berdosakah kita jika mereka yang dipotong barisannya itu tidak reda?

Dalam hal itu, syariat sebenarnya telah mengajar kita semua perkara dalam agama dan tidak ada suatu pun yang tertinggal. Ini menunjukkan agama Islam ialah holistik dan relevan setiap masa dan zaman.

Memotong barisan kenderaan, masuk simpang tidak memberikan lampu isyarat, memandu perlahan di lorong tengah dan selainnya ialah hubungan manusia berinteraksi sesama manusia lain yang wajib dihormati antara satu sama lain.

Secara asasnya, terdapat hadis umum sahih yang mana Nabi Muhammad SAW menggalakkan supaya manusia saling membantu, memudahkan urusan orang lain dan sebagainya.

Maka sebagai umat yang bermasyarakat, maka sudah menjadi common sense untuk kita saling memudahkan.

Jika perbuatan di atas dilakukan hingga menimbulkan kemarahan, makian, pergaduhan dan perbalahan, maka ia perlu dielakkan kerana perkara yang ditegah oleh agama sememangnya perlu dihindarkan.



Sumber : thereporter.my