"Artis Muda Cerai Sebab Suka Kongsi Masalah Rumah Tangga" - AC Mizal


Ramai betul artis yang kahwin muda kan? Kahwin macam wedding of the year, tak sampai beberapa tahun dah bercerai. Haih. Mungkin Allah dah takdirkan diaorang tak ada jodoh nak buat macam mana kan.

Benda itu pun boleh buat Datuk AC Mizal rasa sedih di atas apa yang berlaku dekat artis Malaysia ni. Dia memberitahu perkahwinan tu bukan sekadar nafsu dan cinta semata-mata je.

Kebanyakan artis sekarang sis memang obses dengan social media. Kalau orang tu nak kahwin, orang ni pun nak kahwin. Kalau orang tu cerai, orang ni pun nak cerai. Aiyoo. Perkahwinan bukan boleh buat main-main ya?

Dan tak perlu pun sebenarnya nak berkongsi masalah rumahtangga dekat public sebab nanti memang tak menyelesaikan masalah pun. Lebih baik settle berdua je. Betul tak gais?

Apa yang dapat saya simpulkan, artis muda yang terlalu obses dengan media sosial ini memberi ruang orang luar masuk campur rumah tangga mereka. Sebenarnya kita tidak perlu kongsi segalanya di media sosial kerana banyak uyang pura-pura. Bila kahwin atas dasar cinta, itu yang jadi masalah sebab cinta sebenarnya banyak yang berpura-pura.

Tengok macam Datuk Ac Mizal dan Datin Emylia Rosnaida tu, dah 17 tahun diaorang hidup bersama. Tak ada pula nak ikut trend bercerai macam zaman sekarang. Sebab diaorang berdua ni ada kepercayaan dan persefahaman so itulah rahsia kunci kebahaagiaan diaorang tau dan paling utama adalah bilik tidur.

Rahsia paling utama untuk bertahan dalam rumah tangga adalah bilik tidur yang kemas sebab inilah tempat untuk berdua-duaan dengan isteri. Bayangkan kalau bilik tidur bersepah, balik kerja dengan kepada kusut, memang boleh timbul pergaduhan.

Orang yang dah bergelar suami isteri ni kena jadi kawan baik yang ada time susah dan senang. Bukan tu je, hidup berumahtangga ni tak perlu berahsia apa-apa pun dengan pasangan. Kalau ada masalah kenalah berkongsi dengan pasangan betul tak?

So sis harap apa yang dikongsikan oleh AC Mizal ni boleh membantu pasangan muda dekat luar sana untuk kesejahteraan rumahtangga. Kalau orang tu tak sedar-sedar juga, hmm sis memang tak boleh bantu lah. Mungkin dia yang bermasalah kot.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan





Sumber: Oh! Media