Wanita ini juga tidak menyangka permintaan kek hari lahir merupakan permintaan terakhirnya sebelum dia mendapat perkhabaran dari ibu gadis ini, anaknya telah meninggal dunia.
WAD pembedahan, bilik 8. Bagaimana mungkin saya tidak terkesan dengan pemergiannya. Empat malam saya berjiran dengan dia.
Kisahnya gadis berbadan kecil, berumur 13 tahun. Dijaga oleh mummynya. Dia warded awal sikit dari saya 26.7.19. Saya warded 27.7.19. Saya warded empat malam.
Empat malam tu juga saya dengar dia menanggis, meraung malam-malam dan subuh bila kena cucuk jarum ambil darah. Kadang doktor tidak jumpa urat yang boleh dapat darah. Cucuk sampai empat kali baru dapat. Setiap hari dua kali kena ambil darah.
Sampai dia cakap, "Mummy jangan lagi kasi benar diorang cucuk saya. Sakit. Saya tidak tahan lagi. Saya tidak kuat lagi". Begitulah hari-hari saya dengar.
Dia cuma sakit perut. Tapi daripada CT scan doktor cakap appendix bengkak. Saya curi-curi dengar kalau doktor pakar datang.
Gadis ini tidak selera makan, jadi risau juga kalau dia tidak makan. Mamanya cakap dia mau makan KFC tapi tidak tau mana mau beli. Saya pesan sama suami belikan dia KFC. Malam itu juga dia makan KFC. Esoknya dia mahu makan uncle bob pula. Syukur dapat tunaikan juga.
Yang sedihnya, mummynya mau belikan makanan, dia kumpul kumpul duit syiling. Lepas tu tidak jadi. Mungkin dia rasa dia tidak cukup duit. Syukur juga suami murah hati, dia hulurkan sedikit duit untuk mummynya. Lepas tu barulah mummynya turun beli makanan, vitagen dan lain-lain.
30.7.19 saya check out. Saya bertukar nombor telefon sama mummynya.
“Nanti datang datang lawat kami aa,” dia bilang dalam loghat Ranau.
"InsyaAllah," saya jawab.
"InsyaAllah," saya jawab.
Saya cuma dapat melawat dia pada 2.8.19 sebab saya pun baru juga keluar wad. Walaupun jalan macam siput, saya gagahi juga. Sambil-sambil hantar bekalan nyawa mummynya. Mummynya makan sirih, pinang, monginggat bah. Dia kehabisan bekalan.
Masa jumpa dia, dia kelihatan lagi tidak bermaya daripada hari sebelum saya discharge. Saya ada belikan dia bubur MCD, saya cuba suap dia tapi dia tidak mau. Dia cakap tidak ada selera. Saya merayu lagi, “Adik, kesian tau aunty bawa makanan kau tidak makan.”. Tapi tidaklah saya paksa. Saya pesan, “Adik, kalau adik mau cepat keluar dari sini adik kena makan supaya adik kuat.” Saya cuba memujuk.
Saya tanya lagi, "Ada apa yang adik mau makan aunty pergi beli?". Dia cakap, "mau makan pizza sama kek, tapi tidak mau kek coklat".
Perbualan terakhir kami:
Adik: "Aunty boleh ka aunty beli cheese kek? Tulis di kek happy birthday mummy.."
Me: "Boleh. Kek tu mau bila hari ini atau esok?"
Adik: "Esoklah sebab esok daddy saya datang. Mahu celebrate sama-sama daddy. Aunty jangan lambat aa.'
Me: "InsyaAllah adik" (sambil peluk dia).
Adik: Dia peluk saya erat-erat, "Kan bagus kalau aunty di sini. Aunty datang lagi kan. Aunty, kalau saya mau balik Ranau sudah, aunty hantar ka?"
Me: "InsyaAllah dik. Telefon saja aunty."
Me: ”Hello kak, kakak masih di wad yang sama? Saya mau datang ni.”
Dia: “Tidak adik, saya di sini, rumah mayat. Anak saya sudah tiada...”
Saya meraung, tidak percaya. ALLAH. Lemah tulang-tulang saya. Saya tidak dapat menahan sebak. Adik, adik. Maaf adik, aunty lambat. Aunty tidak sangka begitu cepat kau pergi. Menurut mummynya, dia hembuskan nafas pada jam 8.04 pagi.
Saya tunaikan juga janji hantar kau adik. Doakan kami agar dipermudahkan urusan kami mencari kampung Lipasu Lama Ranau.
Sumber: Chiey Chiey
Sumber : thereporter.my