Perempuan hamil disaran mengambil coklat! Itu antara tajuk utama yang dikeluarkan pada tahun lepas. Menurut kajian tersebut, pengambilan coklat dapat memberikan kelebihan pada bayi dalam kandungan.
Banyak pantang larang makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil seperti makanan laut, alkohol, keju dan sebagainya. Tetapi berita sebegini sudah pasti menggembirakan para wanita terutamanya bagi mereka yang menggemari coklat.
Coklat terutamanya coklat gelap (dark chocolate) mengandungi flavonoid. Ini adalah sebatian semulajadi yang kaya dengan antioksidan. Flavonoid adalah sebahagian daripada polifenol - sejenis keluarga fitokimia.
Kebanyakan makanan seperti sayur-sayuran, beri, wain merah dan teh hijau mengandungi flavonoid. Flavonoid dikatakan dapat menurunkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan penyakit biasa yang lain.
Coklat mengandungi sejenis flavanol yang dikaitkan dengan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan kolesterol yang lebih rendah. Lebih gelap coklat, makin banyak flavanols.
Kajian yang dikemukakan kepada Society for Maternal-Fetal Medicine menyimpulkan bahawa, makan coklat setiap hari mempunyai kesan positif ke atas pertumbuhan dan perkembangan janin ibu hamil. Ini kerana flavonoid dalam coklat meningkatkan aliran darah di dalam tubuh ibu.
Peningkatan aliran darah membantu plasenta berkembang dan berfungsi dengan normal. Perkara ini memberikan kesan yang positif terhadap kehamilan.
Tetapi, Dr Robyn Horsager-Boehrer dari UT Southwestern mengatakan kajian ini perlu dilihat dengan lebih dekat. Beliau menegaskan bahawa, kajian itu tidak mengkaji sama ada coklat itu sendiri baik untuk wanita hamil dan bayi mereka.
"Saya juga amat prihatin mengenai wanita hamil perlu makan coklat. Adakah terdapat kesan negatif untuk makan coklat gelap semasa trimester ketiga?"
"Doktor telah lama mengetahui bahawa ubat-ubatan anti-radang seperti aspirin atau ibuprofen boleh menyebabkan hipertensi pulmonari pada wanita hamil. Jadi, kami berhati-hati dengan ibu hamil untuk tidak mengambilnya terutama pada trimester ketiga," katanya.
Beliau berkata, penyelidikan juga mendapati bahawa makanan kaya polifenol (seperti coklat gelap) juga boleh mencetuskan keadaan ini.
"Dalam kajian ini, wanita hamil sedang makan coklat semasa trimester pertama dan trimester kedua. Kajian ini tidak menyatakan wanita makan coklat pada trimester ketiga."
Robyn menyimpulkan bahawa ibu hamil boleh makan sedikit coklat pada awal kehamilan mereka kerana kajian itu menyimpulkan, ia dapat memberi manfaat kepada aliran darah anda dan bayi.
"Dan, apabila anda sampai pada trimester ketiga anda, berbincanglah dengan doktor anda tentang sama ada anda harus mengurangkan pengambilan coklat anda," katanya.
Juga diingatkan bahawa coklat tidak mempunyai banyak nilai nutrisi pemakanan. Jadi anda tidak perlu terlalu banyak mengambilnya. Jika anda ingin mengambil coklat semasa hamil, ada empat perkara yang perlu anda tahu.
- Pastikan ia adalah coklat sebenar. Sekiranya anda mahukan coklat, hanya perlu makan coklat bukan kek coklat. Ini memberikan rasa coklat tanpa kalori tambahan dan lemak yang tidak sihat.
- Pilih coklat gelap. Lebih gelap coklat, lebih banyak flavonoid (dan selalunya kurang gula) serta kaya dengan antioksidan.
- Fikirkan saiz gigitan 30 gram sehari adalah jumlah coklat yang besar. Ingat kesederhanaan adalah kunci.
- Keluarkan dan nikmatinya dan bukannya memakannya semasa dalam perjalanan. Ini membuatkan kita lebih menghayati keseronokan semasa makan dan menghalang anda daripada makan berlebihan.
Sumber: theAsianParent
Sumber : thereporter.my